brother Ibrahim...
hoh scandal?
.
.
.
.
.
.
.
.
ampun..anis...jangan marah kalau terbace entry ni..hihi..
Salaam.....
Brother Ibrahim ni salah sorang pemuda islam yang menyertai konvoi viva palestine. viva palestine ni pulak ditubuhkan oleh beberapa orang yang prihatin (termasuklah si brother Ibrahim ni) terhadap kesulitan orang-orang di palestine yang tidak mendapat bekalan ubat-ubatan secukupnya. Jadi, dorang amik keputusan untuk kutip derma di seluruh UK dan beli ubat-ubatan dan barang keperluan lain. lepas agak2 dah banyak dapat derma, dorang pun konvoi dengan van bersama barang2 bantuan untuk ke Palestine melalui Jordan dan Mesir.
Jadi..
apa bezanya brother Ibrahim(yang si anis ni suka sangat) dengan ahli2 viva palestine yang lain?
sampai je kat Mesir, dorang terpaksa 'deal' dengan karenah2 birokrasi Mesir yang tak bagi dorang konvoi melalui Mesir..ntah la..yang ni AA pun tak faham nape..dah la negara Islam, dah la dorang2 yang kat Mesir ni tak nak tolong orang2 palestine..pastu..dah ada orang lain yang nak tolong ni..dorang tak bagi plak..memang ntah pape..
sepanjang perjalanan melalui Mesir..ahli2 viva palestine ni ditahan dan disoal setiap kali checkpint sekatan jalan..lepas tu pulak..ade barang2 bantuan yang mereka bawa dirampas..ish tak logik sungguh
walaubagaimanapun..akhirnya pemuda2 berani ini sampai juga ke sempadan antara Mesir dan palestine..tapi masalahnya..tentera/polis bersenapang yang dok jaga sempadan ni tak nak bagi diorang lalu. siap acah nak tembak lagi..
waktu ni la..brother Ibrahim yang berasal dari Scotland ni tampil ke hadapan..dengan hati yang teguh dan yakin dengan pertolongan dari Allah serta bersenjatakan lidah, beliau dengan lantang memberi ucapan di hadapan tentera Mesir yang bersenjata ini. beliau menyelar mereka2 yang tidak sanggup membantu saudara2 di palestine dan merayu serta cuba menyakinkan pasukan bersenjata bahawa mereka tidak ada niat lain selain hanya ingin membantu saudara2 di palestine, demi Allah.
ikuti ucapan ringkas dari brother Ibrahim di bawah..sangat menyentuh hati:
"dari hati saya kepada hati kamu" -------->quote yang sangat digemari Anis..
oh ye..kami jumpe brother Ibrahim waktu palestine conference minggu lepas. waktu ni Anis memang gembira bukan kepalang. dapat gak berjumpa dengan idola dia, selalu tengok kat youtube aje..heh..semasa bengkel viva palestine, brother Ibrahim banyak cerita tentang pengalaman semasa di palestine..kalau ada yang berminat nak tahu..nnt AA cerita di entry2 lain..tapi memang menyayat hati..
p/s: anis memang suka brother Ibrahim ni tapi tade la suka yang macam nak kawen tu.. ni suka sebab hormat dan memandang tinggi terhadap beliau..lagipun beliau sudah kahwin agaga..dah ade anak pun...
0 comments:
Post a Comment