RSS

Normal vs Abnormal?

how can we say that something is normal if we haven't come across into the abnormal ones?

that was just a thought..(tibe2 terfikir waktu on the way balik rumah tadi)
oh ye, tadi dapat sedikit pengisian daripada sister Fullah.. sangat menarik bile dia naikkan isu ini:
situasi 1:
Doktor jumpa seorang pesakit yang sakit sebab makan makanan tak sihat (nak bagi obvious, kita bagi contoh racun yang sedap lah). Lepas tu doktor bagi ubat kat pesakit tu untuk 'treat' dia. tapi lepas tu pesakit gi makan balik racun, pastu sakit, datang balik minta ubat racun itu. doktor pun terpaksa lah merawat pesakit itu dan menyediakan ubat. banyak lah duit NHS yang habis untuk kos ubat dan rawatan walhal 'treatment' yang sebenar-benarnye hanyalah dengan tidak makan racun itu.

situasi 2:
Doktor jumpa seorang wanita yang berumur 18 tahun yang datang untuk mengugurkan kandungan atas alasan dia masih muda, tidak berkahwin, teman lelakinya baru sahaja meninggalkannya dan kandungan itu adalah 'unwanted'. oleh sebab itu, doktor pun menandatangani 'the blue form' yang membolehkan wanita itu menggugurkan kandungannya. Selepas itu, doktor itu terpaksa menghabiskan masa berjam-jam untuk menerangkan segala jenis alatan pencegah kehamilan yang ada di muka bumi ini supaya perempuan itu tidak akan "termengandungkan" lagi 'the so-called unwanted child'. bukan itu sahaja, atas sebab polisi NHS, doktor itu terpaksa pula memberi bekalan kondom dan pil pencegah kehamilan kepada wanita itu secara percuma. betambah pula beban NHS bila mana 'treatment' sebenarnye hanyalah dengan tidak melakukan zina.


bezanya dua situasi di atas, doktor dalam situasi 1 dianggap 'incompetent' dan boleh dipecat kerana tidak menjalankan tugas menasihati pesakit 1 untuk tidak memakan racun dan hanya menghabiskan duit NHS manakala doktor situasi 2 dianggap 'judgemental' jika menasihati pesakit 2 untuk tidak berzina. Doktor situasi 2 boleh juga dipecat jika tidak memberikan maklumat secukupnya kepada pekasit 2 tentang cara-cara mencegah kehamilan yang berkesan.

bukankah dua situasi ini sama sahaja yang mana rawatannya adalah pencegahan akar umbi..
situasi 1: JANGAN MAKAN RACUN
situasi 2: JANGAN BERZINA

0 comments: